Membawang Hari Ini

Isteri Demam, Seringkali Disangka Hamil – Amir (Raja Lawak)

PETALING JAYA: Pelakon Amir (Raja Lawak) berkata, setiap kali isterinya Nur Intan Syafinaz Shaari, 22, mengadu kurang sihat, dia akan berasa teruja mengharapkan situasi itu memberi petanda yang isterinya sedang hamil.

Berikutan itu kata Amir atau nama sebenarnya Mohammad Amirullah Azmi, 28, dia akan segera ke farmasi membeli alat penguji kehamilan dengan harapan sudah tiba waktunya mereka diberi rezeki cahaya mata setelah lebih setahun kahwin.

“Situasi ini (membeli alat ujian kehamilan) sudah beberapa kali terjadi tetapi hasilnya masih mengecewakan. Isteri saya tidak sihat bukan sebab hamil tetapi atas faktor cuaca panas melampau yang pernah melanda negara kita baru-baru ini.

“Saya akui mungkin perasaan teruja nak menimang cahaya mata membuatkan saya sering memikirkan isteri saya hamil setiap kali dia mengadu tidak sihat. Jujur saya katakan, saya sudah bersedia untuk menggalas tanggugjawab sebagai bapa.

“Namun sekiranya masih belum rezeki kami reda dan akan terus berusaha ke arah itu. Doa-doakan kami,” katanya kepada mStar Online.

Amir dan Nur Intan telah diijabkabulkan pada 14 Mac tahun 2015 dengan mas kahwin sebanyak RM300 beserta wang hantaran sebanyak RM13,000.

Dalam perkembangan kerjayanya, Amir yang sebelum ini pernah dicalonkan untuk Kategori Artis Komedi Popular, Anugerah Bintang Popular BH 29 (ABPBH29) menjelaskan sejak diumumkan berada dalam senarai akhir bagi kategori itu rezekinya semakin murah.

Katanya rezeki yang dimaksudkan tidak sahaja tertumpu pada bidang lakonan dan pengacaraan malah di bidang perniagaan.

Katanya, terbaru dia ditawarkan menjadi duta kepada produk kesihatan Imourdex iaitu produk bijirin susu kambing pertama di Malaysia.

“Saat ditawarkan menjadi duta untuk produk Imourdex, saya tidak fikir panjang sebab tahu dengan keberkesanan dan khasiat luar biasa produk itu.

”Ia yang mampu menjaga kesihatan secara dalaman, memberi tenaga, kecerdasan minda, mengurakan risiko penyakit berbahaya, menahan rasa lapar dan banyak lagi.

“Soal bayaran sebagai duta produk, apa yang boleh saya katakan ia berbaloi untuk tempoh setahun perjanjian di mana saya dibayar dengan bayaran enam angka,” katanya.

Tambah Amir, pemilihannya sebagai duta produk itu kerana berjaya mengekalkan populariti yang ada dan sering mengemaskini akaun Instagram selain keberkesanan berkomunikasi dengan peminat di laman sosial.

Di sisi lain, Amir yang turut membuka perniagaan Roti Bakar Amirreka di Gombak sebelum ini meluahkan rasa syukurnya apabila dua cawangan baru roti bakarnya itu akan dibuka di Kepong dan Shah Alam pada bulan Ramadan nanti.-mstar

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");