Perak Hari Ini

‘Jangan Nafikan Kuasa Rakyat’ – Tun M

MANJOI : Mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mengingatkan agar tiada mana-mana pihak mempunyai hak dalam menafikan kuasa rakyat.

Ujarnya, suara rakyat adalah penentu kepada halatuju dan masa depan negara.

“Sebab itulah apabila Datuk Seri Najib menghalang rakyat daripada menggunakan undang-undang, tidak endah akan laporan polis tentang dirinya, dan kita tidak dapat berbuat apa-apa.

“Tetapi kita percaya, suara rakyat akan menentukan nasib rakyat dan negara ini. Inilah kepercayaan kita,”ujarnya ketika berucap dalam Forum Selamatkan Malaysia Bersama Deklarasi Rakyat di Gugusan Manjoi, malam tadi.

PERAKTODAY1

Turut hadir ialah isterinya, Tun Dr Siti Hasmah Mohamad Ali, bekas Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Tun Mahathir dan bekas ahli UMNO, Datuk Hamidah Osman.

Ujarnya, kempen Deklarasi Rakyat adalah salah satu cara untuk menunjukkan kuasa rakyat yang dimiliki oleh rakyat di negara ini.

Tun Mahathir berkata, sewaktu Malayan Union ingin ditubuhkan sebelum merdeka, rakyat berkumpul untuk bangun dan menentang British walaupun Raja-raja Melayu telah menandatangani persetujuan untuk penubuhan Malayan Union.

“Rakyat dari seluruh Semenanjung bersatu dan mendesak agar British menggugurkan Malayan Union. Akhirnya, walaupun Raja-raja sudah menandatanganinya, tetapi disebabkan desakan rakyat, British terpaksa batalkan Malayan Union.

“Jangan kita lupa, walaupun kita tidak mempunyai kekayaan, tidak ada senjata, tetapi kalau kita bersatu, British pun terpaksa undur diri,”ujarnya di hadapan hampir 3,000 penyokongnya.

PERAKTODAY

Dalam masa yang sama, beliau turut berkata, berbeza dengan hari ini, individu yang membuat laporan polis terhadap Perdana Menteri akan disoal siasat oleh polis dan dimasukkan ke dalam penjara serta dihadapkan ke mahkamah.

Beliau berkata demikian ketika mengulas mengenai penahanan bekas ahli UMNO, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan dan peguamnya, Matthias Chang.

“Selepas itu, kita juga cuba mengadakan usul undi tidak percaya kepada Najib, tetapi ahli-ahli kita yang ada dalam Dewan Rakyat, mereka mungkin tersedak kerana makan ‘dedak’ terlalu banyak.

“Bila nak bercakap, keluar dedak dari mulut mereka sebab itu mereka jadi bisu tidak boleh bercakap. Apa sahaja yang Najib buat, mereka akan kata ‘ya, itu baik’.

“Mereka ini yang kita pilih. Mereka tidak setia kepada rakyat. Mereka setia cuma kepada Najib,”ujarnya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");