Berita Hari Ini

Kerajaan galak pertanian bandar

GEORGETOWN – Seramai 38,506 peserta terlibat dalam program pertanian bandar membabitkan 1,634 lokasi di seluruh negara dari September 2014 hingga Mac tahun ini.

Ketua Pengarah Jabatan Pertanian, Datuk Ahmad Zakaria Mohamad Sidek berkata, ia menyasarkan 33,000 peserta dengan 800 lokasi pada tahun ini dengan kos RM5 juta.

Beliau berkata, sehingga Mac 88 projek pertanian bandar dilaksanakan di Pulau Pinang dengan 1,524 peserta.

“Ia melibatkan 333 warga sekolah (25 sekolah), 778 penduduk bandar dari 24 lokasi (individu), 247 pekerja swasta dan awam serta 166 penduduk kawasan perumahan dari 14 kawasan komuniti.

“Kempen pertanian asli anjuran Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) mirip program pertanian bandar ini. Usaha,” katanya merasmikan Kempen Pertanian Asli anjuran CAP semalam.

Menurutnya, program pertanian bandar menyediakan alternatif kepada penyelesaian masalah pelupusan sisa buangan dengan menjadikannya kepada sumber yang produktif melalui pengkomposan, mengurangkan pencemaran air, menyejukkan suhu kawasan bandar secara semulaj adi dan menjimatkan perbelanjaan isi rumah.

Sementara itu, Presiden CAP, S M Mohamed Idris menggesa kerajaan melaksanakan dasar dan program yang kukuh bagi pertanian mapan bebas bahan kimia.

Menurutnya, pertanian bebas bahan kimia perlu dijadikan subjek wajib untuk semua sekolah vokasional.

“Universiti juga perlu memperkenalkan kursus mengenai pertanian dengan memberi tumpuan kepada kaedah pertanian bebas bahan kimia,” katanya.

Sehubungan itu, kementerian pertanian dan industri asas tani perlu membekalkan peralatan dan bahan berkaitan kepada sesiapa yang berminat dalam pertanian bebas bahan kimia.

Insentif seperti itu, katanya, akan mendorong lebih ramai pihak berminat untuk mengusahakan kebun sayur sendiri.

“Buat masa ini, CAP turut mengajar kaedah pertanian bebas bahan kimia kepada orang ramai dan menghasilkan kompos, kompos cacing, penggalak pembesaran dan penghalau serangga yang bebas toksik.

“Kita menggalakkan orang ramai mempelajari kaedah ini di ladang dan kebun sendiri. Input ladang bebas kimia boleh diperolehi dari CAP,” katanya.

-Sinar Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");