Sukan Hari Ini

Klopp catur strategi ampuh

Swansea, United Kingdom: Jadual padat sekali lagi membebankan Liverpool yang bakal mengharungi perlawanan kesembilan dalam tempoh 30 hari apabila bertandang ke Swansea malam ini.

Pengurus Reds Jurgen Klopp terpaksa akur dengan kesukaran yang sedang dihadapinya dan bakal membuat beberapa perubahan terhadap pasukan pada perlawanan yang diadakan di tengah-tengah dua aksi bertemu Villareal di separuh akhir Liga Europa.

Tumpuan Klopp sedikit terarah kepada tempoh masa yang beliau ada sebelum perlawanan menentang Swansea yang berlangsung 62 jam selepas mereka tewas 0-1 di tangan Villareal pada separuh akhir pertama Liga Europa.

Keputusan untuk melangsungkan perlawanan dengan Swansea pada jam 12 tengah hari waktu tempatan sangat meresahkan Klopp yang percaya pemainnya perlu diberikan lebih banyak masa untuk berehat kerana baru saja tiba dari Sepanyol.

“Kami perlu menghormati perlawanan akan datang dan pada masa sama memikirkan pemain mana yang akan diturunkan pada perlawanan menentang Swansea,” kata Klopp.

“Sepak mula pada jam 12 tengah hari? Saya tidak mempercayai apa yang saya lihat. Kami tiba jam 3.30 pagi Jumaat dan saya yakin kami semua tidak dapat tidur serta merta.

“Ahad (esok), semua warga England sedang menikmati makan tengah hari sedangkan kami bermain bola sepak. Ini adalah kali pertama di mana saya terpaksa berada di padang pada jam 12 tengah hari. Siapa yang membuat keputusan ini?”

Klopp terpaksa merombak pasukannya untuk perlawanan liga selepas mereka perlu mengharungi suku akhir Liga Europa menentang Borussia Dortmund awal musim ini.

Beliau membuat 10 pertukaran pada kunjungan ke Bournemouth selepas perlawanan berkenaan dan tujuh pertukaran ketika menentang Stoke.

Kejayaan Liverpool menewaskan Dortmund membuktikan taktik yang diamalkan Klopp berkesan dan beliau dijangka menggunakan taktik serupa hari ini. – AFP/harian metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");