Sukan Hari Ini

Klopp yakin Reds kembali garang

London: Pengurus Liverpool Juergen Klopp berjanji pasukannya akan menemui semula sentuhan tepat pada masanya bagi separuh akhir kedua Liga Europa melayani kunjungan kelab Sepanyol Villarreal, awal pagi esok.

Selepas kalah 0-1 pada aksi pertama, pasukan berwajah baharu Klopp tewas 1-3 di tangan Swansea City Ahad lalu dan menghadapi perlawanan terbesarnya dalam tempoh tujuh bulan di Anfield selepas mengalami dua kekalahan berturut-turut.

Termasuk seri 2-2 dengan Newcastle, Liverpool kini tidak menang dalam tiga perlawanan bagi semua pertandingan namun Klopp yakin mereka akan menemui semula sentuhan sebenar.

“Kami bermain seperti itu dan saya menyaksikannya sepanjang 90 minit. Secara jujur, tiada apa yang menarik.

“Kami perlu memikirkan mengenainya dan kami perlu bangkit, sesuatu yang amat penting dan kami akan bermain dengan lebih bagus berbanding Ahad lalu.

“Kami perlu menerima keputusan itu, bekerja keras dan pastinya tampil lebih baik Khamis ini (awal pagi esok).”

Juara Liga Europa dua musim berturut-turut Sevilla memiliki kelebihan pada satu lagi separuh akhir selepas seri 2-2 pada aksi pertama menentang kelab Ukraine Shakhtar Donetsk di gelanggang lawan.

Kedua-dua pemenang separuh akhir akan bertemu pada final di St Jakob-Park di Basel pada 18 Mei ini. – AFP/harian metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");