Jenayah

Terbabas masuk gaung

KOTA TINGGI – Tiga terselamat selepas kenderaan dinaiki terbabas ke dalam gaung di Kilometer 32 Jalan Johor Bahru-Mersing berhampiran Ladang Tai Tak, kelmarin.

Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintendan Rahmat Othman berkata, kejadian kira-kira jam 12.50 tengah hari itu melibatkan dua kereta.

“Kemalangan dipercayai berlaku apabila kedua-dua kereta dari arah sama bergesel menyebabkan dua kereta terbabit terbabas ke kiri jalan dan masuk dalam gaung di sebelah kiri jalan.

“Akibat kemalangan itu, kedua-dua pemandu yang beralamat di Taman Sri Saujana dan Taman Megah Ria, Masai mengalami kecederaan, dan dirawat di Hospital Kota Tinggi. Manakala seorang penumpang wanita tidak mengalami kecederaan,” katanya.

Rahmat berkata, hasil siasatan mendapati keadaan jalan selekoh dan kering, sementara cuaca cerah ketika kejadian.

Menurutnya, kes disiasat di bawah Peraturan 10 LN 166/59 kerana gagal mengawal kenderaan menyebabkan kemalangan.

-Sinar Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");