Berita Hari Ini

Rancang bina pusat pentadbiran baharu

KUANTAN: Kerajaan negeri berhasrat membangunkan sebuah Pusat Pentadbiran Kerajaan Negeri yang baharu di Kota Sri Ahmad Shah (Kota SAS) di Indera Mahkota di sini.

Menteri Besar, Datuk Seri Adnan Yaakob berkata, pusat pentadbiran baharu itu akan merangkumi Dewan Undangan Negeri, Pejabat Menteri Besar, Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri serta Bangunan Persekutuan.

Menurutnya, kerajaan negeri telah mengemukakan permohonan pembiayaan kepada Kementerian Kewangan dan sehingga kini masih menunggu pertimbangan kelulusan.

“Kerajaan negeri sememangnya sudah lama berhasrat untuk membangunkan pusat pentadbiran kerajaan negeri yang baharu namun kita masih menunggu maklum balas daripada kementerian terbabit kerana ia melibatkan kos yang tinggi,” katanya pada sidang Dun di sini, semalam.

Beliau menjawab soalan Datuk Seri Wan Amizan Wan Abdul Razak (BN-Tahan) yang ingin tahu adakah kerajaan negeri bercadang membina DUN yang baharu serta Pusat Pentadbiran Kerajaan Negeri.

Sementara itu, Exco Pelancongan dan Kebudayaan negeri, Datuk Seri Mohd. Sharkar Shamsudin berkata, pelbagai persediaan dilakukan bagi menarik kehadiran pelancong ke negeri ini sempena Tahun Melawat Pahang 2017.

Katanya, antara pelan pelaksanaan yang dilakukan adalah melaksanakan sambutan pra-pelancaran Tahun Melawat Pahang 2017.

“Kita juga menyertai beberapa ekspo pelancongan di dalam dan luar negara serta mengadakan beberapa siri jelajah ke setiap daerah bagi memberi penerangan berkenaan Kempen Tahun Melawat Pahang.

“Kita juga menerbitkan beberapa risalah dan membuat pengiklanan berkaitan destinasi pelancongan yang utama di negeri ini,” katanya.

Mohd Sharkar menjawab soalan Datuk Aziz Mat Kiram (BN-Batu Talam) yang ingin tahu perancangan dari segi sambutan dan aktiviti pelancongan di peringkat daerah mahupun negeri sempena Tahun Melawat Pahang 2017.

-Sinar Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");