Jenayah

Maut lori terbalik

Jelebu: Pemandu lori maut selepas lori membawa muatan bitumen dipandu terbalik di Kilometer 21 Jalan Seremban-Simpang Pertang, berhampiran Jeram Toi, 10 pagi tadi.

Mangsa Mohamad Fairuz Ramlan, 31, disahkan meninggal dunia akibat parah di kepala.

Ketua Polis Daerah Jelebu Deputi Superintendan Othman Basri berkata, siasatan awal mendapati mangsa gagal mengawal lori ketika melalui selekoh sebelum terbabas dan terbalik.

Menurutnya, mangsa ditemui tersepit di tempat duduk pemandu dan disahkan meninggal di lokasi kejadian.

Katanya, mayat mangsa dihantar ke Hospital Jelebu untuk bedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

-Harian Metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");