Jenayah

Mayat lelaki terjun feri ditemui

Georgetown: Mayat seorang lelaki yang terjun dari feri di Jeti Pangkalan Tun Uda, semalam ditemui 200 meter dari lokasi kejadian, hari ini.

Ketua Polis Daerah Timur Laut Asisten Komisioner Mior Faridalathrash Wahid berkata, mayat Tan Sik Lee, 43, ditemui terapung dan dibawa Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) ke Pelabuhan Pulau Pinang.

“Mayat dihantar ke Hospital Pulau Pinang (HPP) untuk bedah siasat,” katanya.

Dalam kejadian jam 11.30 pagi, semalam, mangsa terjun dari feri yang ketika itu baru berlepas 50 meter dari jeti.

Dia menanggalkan seliparnya dan terjun dari tingkat atas feri terbabit.

Kejaidan itu dilihat penumpang feri yang kemudian memaklumkannya kepada kru bertugas.

-Harian metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");