Perak Hari Ini

MB Kecewa Stesen Keretapi Parit Buntar Kotor

PARIT BUNTAR: Stesen Keretapi Parit Buntar yang baharu sahaja siap dibina didapati terbiar dengan keadaan kotor dan tidak diuruskan dengan baik.

Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir yang mengadakan lawatan mengejut ke lokasi tersebut menyatakan kekecewaan mengenai situasi tersebut.

MB 2

“Saya telah menghubungi pihak Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB),berhubung keadaan di laluannya yang kotor serta dipenuhi dengan najis burung,” katanya kepada media hari ini.

Tambahnya, walaupun stesen keretapi Parit Buntar itu baharu dibina, bagaimanapun ia tidak diselenggara dengan baik dan kotor.

PERAK TODAY 5

“Stesen ini merupakan stesen kereta api yang baru sahaja beroperasi bagaimanapun ia tidak diselenggara dengan baik.

“Ia mencacatkan mata yang memandang,” katanya lagi.

Beliau menggesa agar pihak pengurusan KTMB mengambil tindakan penyelenggaraan stesen itu dengan kadar segera.

PERAK TODAY 10

“Pihak pengurusan perlu memastikan setiap hari stesen kereta api ini perlu dijaga dengan baik,” katanya lagi.

Tinjauan mendapati,laluan tangga yang digunakan oleh orang ramai untuk menunggu kereta api dipenuhi dengan najis binatang yang tidak dibersihkan.

PERAK TODAY 9

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");