Jenayah

Perjalanan terakhir dua beradik

Gua Musang: Dua beradik maut selepas motosikal ditunggang mereka terbabas dan merempuh tembok di KM 55 Jalan Gua Musang-Kuala Krai dekat RKT Kesedar Paloh, di sini, kira-kira 9.30 pagi tadi.

Difahamkan ketika kejadian Muhamad Amirul Mohd Asri, 21, yang menunggang motosikal itu dan kakaknya Norhayatie, 26, dalam perjalanan pulang ke rumah mereka di Kampung Perupok Jenereh, Pasir Mas dari Kuala Lumpur.

Ketua Polis Daerah Gua Musang Superintendan Saiful Bahri Abdullah berkata, motosikal mangsa hilang kawalan apabila melalui selekoh di kawasan berkenaan sebelum terbabas dan merempuh tembok.

“Kedua-dua mangsa mengalami kecederaan serius dan meninggal dunia di tempat kejadian,” katanya di sini, hari ini.

Beliau berkata, mayat mangsa dihantar ke Hospital Gua Musang (HGM), di sini untuk dibedah siasat dan dijangka diserahkan kepada keluarga lewat petang ini.

-Harian Metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");