Perak Hari Ini

MBI Terima Sijil Penghargaan

IPOH: Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) telah menerima sijil perhargaan di atas kecemerlangan dalam melaksanakan kutipan semasa dan tunggakan cukai taksiran bagi tahun 2015.

Sijil berkenaan telah disampaikan oleh Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga, Kebajikan Masyarakat, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Rusnah Kasim kepada Datuk Bandar Ipoh, Datuk Zamri Man.

IMG-20160503-WA0003

Zamri berkata, MBI telah memperolehi sebanyak 96 peratus bagi kutipan semasa yang berjumlah RM116.07 juta.

“Manakala, bagi tunggakan cukai taksiran pula, sebanyak 47 peratus atau RM16,062,959 telah berjaya dikutip,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Ujarnya, kejayaan cemerlang tersebut adalah hasil kerjasama berpasukan yang menjadi nadi kekuatan MBI.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");