Sukan Hari Ini

Melaka United giat perkuat jentera

PENGENDALI Melaka United, Mat Zan Mat Aris berkata, beliau dan pengurusan pasukan kini giat mengenal pasti pemain baharu dalam usaha memantapkan pasukan berkenaan menjelang jendela perpindahan pemain 22 Jun depan.

“Kita tengah bincang dan kenal pasti beberapa pemain berpotensi besar untuk tampung pemain yang cedera, jadi kita perlukan ramai pemain baharu.

“Terutamanya bahagian serangan dan tengah untuk meningkatkan lagi kualiti permainan kita,” katanya.

Pada masa sama Mat Zan mengakui bukan tugas mudah untuk mencari pemain terbaik memandangkan mereka tidak beraksi dalam kejuaraan yang komersial untuk ditonton.

“Bukan senang nak cari pemain yang baik, kena pilih pemain yang tak main.

“Lepas ni apabila dah ada pemain baharu kita akan aturkan perlawanan persahabatan untuk memanfaatkan cuti dan membentuk keserasian pasukan,” katanya.

Dalam pada itu Mat Zan berkata, rehat panjang dengan bekalan 27 mata di puncak Liga Perdana selepas menewaskan Angkatan Tentera Malaysia (ATM), 3 – 1 di Stadium Hang Jebat juga bukan jaminan selesa kepada Melaka United.

Katanya, kemenangan aksi pusingan kedua Sabtu lalu cabaran untuk pemainnya mempamerkan aksi lebih bertenaga apabila liga bakal bersambung 2 Ogos depan.

“Cuti panjang ni kita seronok sikit la, meskipun sedar masih banyak baki perlawanan kena ditempuh selepas ini.

“Tapi bukanlah tiket untuk kita leka dan dibuai keseronokan semata-mata, walaupun bulan Ramadan kita tetap akan adakan latihan selepas jam 10 malam,” katanya.-sinar harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");