Membawang Hari Ini

Polis Evo terima Gold Award

FILEM arahan Ghaz Abu Bakar, Polis Evo berjaya mencipta fenomenanya tersendiri pada 2015.

Filem terbitan Astro Shaw itu bukan sahaja berjaya meraih kutipan tertinggi box-office RM17.47 juta, bahkan turut diangkat sebagai pemenang anugerah Gold Award di Appies Malaysia Marketing Congress 2016 (Appies Malaysia).

Persidangan dan Anugerah Appies Malaysia 2016 dianjurkan Institut Pengiklanan dan bertujuan meraikan serta mempamerkan kempen pemasaran terbaik di negara ini.

Sebanyak 18 anugerah telah diberikan yang terdiri daripada 10 anugerah emas, enam anugerah perak dan dua lagi anugerah pembentangan terbaik.

Pemenang dinilai berdasarkan empat kriteria utama iaitu kejelasan objektif, strategi idea, pelaksanaan dan hasil kempen berkenaan.

Trofi kemenangan disampaikan oleh Presiden Appies Malaysia, Harmandar Singh, diiringi Ketua Pegawai Pemasaran CIMB Group Holdings, Mohamed Adam Wee Abdullah.

-Sinar Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");