Sukan Hari Ini

Mulvey gembira Penyu akhiri kemarau kemenangan

PENGENDALI Terengganu, Mike Mulvey gembira dengan kebangkitan dicipta anak buahnya apabila menundukkan Sarawak 3-2 dalam aksi Liga Super di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, kelmarin.

Menurut Mulvey, kerja keras dipamerkan pemainnya wajar diberi pujian selepas dibelenggu episod kekalahan berpanjangan sebelum ini.

Menurutnya, empat kekalahan sebelum ini sememangnya banyak memberi tekanan kepada pasukan, bagaimanapun pemain telah menunjukkan kesungguhan mereka untuk kembali memperbaiki prestasi masing-masing dan berjaya merealisasikannya pada perlawanan ini.

“Saya akui dalam bola sepak kita banyak terima tekanan terutamanya ketika tewas, bagaimanapun pada malam ini pemain bukan sahaja berjaya membuktikan kebolehan sebenar mereka tetapi bermain dalam semangat berpasukan yang tinggi sehingga ke minit-minit terakhir permainan.

“Mereka bermain dengan baik dan mengikut segala perancangan pasukan sebagaimana diterapkan dalam sesi latihan sebelum. Kemenangan ini sedikit sebanyak member suntikan semangat buat pemain untuk bertemu The Titans pada perlawanan terakhir pusingan pertama,” katanya ketika ditemui sejurus tamat perlawanan.-sinar harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");