Berita Hari Ini

Najib terima kunjungan Menteri Pendidikan Asean

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini menerima kunjungan hormat delegasi menteri pendidikan Asean di Menara Parlimen di sini.

Antara yang hadir adalah Menteri Pendidikan Thailand Dapong Ratanasuwan, Menteri Pendidikan dan Latihan Vietnam Prof Dr Phung Xuan Nha dan Pemangku Menteri Pendidikan Singapura (Sekolah) Singapura Ng Chee Meng.

Turut hadir beberapa wakil kementerian pendidikan negara-negara Asean. Pertemuan yang berlangsung kira-kira 30 minit itu turut disertai Menteri Pendidikan Datuk Seri Mahdzir Khalid dan Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Seri Idris Jusoh.

Delegasi berkenaan berada di Malaysia bagi menghadiri Persidangan Menteri-Menteri Pendidikan Asean Ke-9 (ASED) 2016 di Petaling Jaya.

Sementara itu, Mahdzir ketika ditemui pemberita selepas pertemuan itu berkata dalam mesyuarat itu, Perdana Menteri memberi penekanan mengenai pendidikan asas, pendidikan menengah dan peringkat pengajian tinggi serta bagaimana Asean sebagai sebuah komuniti dapat menjalin kerjasama antara negara anggota.

“Memang ada kekangan di setiap negara sebab mereka ada kepentingan di negara masing-masing. Tetapi, bagaimana nilai pendidikan yang ada itu boleh kita kongsi bersama mengenai pendidikan asas, menengah dan peringkat universiti,” katanya.

– Bernama

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");