Jenayah

Remaja maut tersepit

Jempol: Remaja maut apabila kereta dipandu bertembung bas ekspres di Kilometer 35 Jalan Bahau-Keratong, berhampiran FELDA Palong 19 di sini, malam tadi.

Mangsa, Muhammad Aizat Mohd Zambri, 19, dari Taman Desa Melor, Senawang, Seremban, yang juga penuntut Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah, Kuantan meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan di kepala dan badan.

Ketua Polis Daerah Jempol, Superintendan Noorzainy Mohd Noor berkata, dalam kejadian 11.50 malam itu, bas ekspres dari arah Kuala Lumpur ke Mersing dipercayai hilang kawalan dan memasuki laluan bertentangan lalu bertembung denga kereta dipandu mangsa.

“Kejadian itu mengakibatkan mangsa tersepit dan dikeluarkan pasukan bomba sebelum mayatnya dihantar ke Hospital Jempol untuk dibedah siasat.

“Pemandu bas dan lapan penumpang tidak mengalami kecederaan. Hasil pemeriksaan, pemandu berusia 57 tahun tidak mempunyai rekod lampau tetapi dia ditahan untuk ujian air kencing dan siasatan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya ketika dihubungi.

-Harian Metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");