Panasnya Hari Ini

Nazri Ulangi Kesediaan ‘Bertumbuk’ Dengan Pengkritik Najib

KUALA LUMPUR : Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Nazri Aziz sekali lagi menegaskan bahawa beliau tidak mempunyai sebarang masalah untuk ‘bertumbuk’ dengan pengkritik Perdana Menteri antaranya seperti Tun Dr Mahathir Mohamad.

Bagaimanapun, ujar Menteri Pelancongan dan Kebudayaan itu, kesediaan beliau itu bermaksud bahawa beliau bersedia untuk berdepan dengan pengkritik Datuk Seri Najib Tun Razak.

“Okay, tak ada masalah (bertumbuk). Bila-bila masa sahaja. Tapi saya tak faham, bila Tun Mahathir cakap (orang UMNO) makan dedak, kita faham takkanlah semua ahli UMNO makan dedak. Tapi semua faham apa maksud Tun Mahathir.

“Tapi bila saya kata tak ada masalah nak bertumbuk, kenapa mesti ambil serius. Bila kata saya tak ada masalah nak bertumbuk, maksud saya, kita lawanlah.

“Tapi intelek Melayu ini rendah, inilah masalah dia, yang cerdik seperti saya ini cukup kurang,”katanya, lapor Malaysiakini.

Terdahulu, anak bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Mukhriz Tun Mahathir, menyatakan kesediaan beliau untuk bertumbuk dengan Nazri bagi mempertahankan ayahnya.

Mukhriz yang juga bekas Menteri Besar Kedah dilaporkan berkata demikian dalam ceramah Deklarasi Rakyat di Nilai, Negeri Sembilan, semalam.

“Saya sebagai anak jantan Tun Mahathir akan berdepan dengan dia (Nazri). Kalau nak bertumbuk, jumpa kita dulu, bukan senang-senang.

“Agaknya dah hilang akal, dah hilang pertimbangan. Orang tak waras dikatakan, tapi berpangkat menteri. Beginilah menteri-menteri kita sekarang,”ujarnya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");