Panasnya Hari Ini

PAN Tolak Cadangan PAS- Mat Sabu

KUALA LUMPUR: Parti Amanah Negara (PAN) menolak cadangan yang diberikan PAS supaya parti dalam Pakatan Harapan (PH) tidak bertanding pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Sungai Besar dan Kuala Kangsar.

Menurut Presiden PAN, Mohammad Sabu, PH tetap meletakkan calon pada PRK di dua kerusi berkenaan.

“PAN tidak akan memberi laluan kepada PAS. Siapa PAS… dia bukan sekutu kita,” katanya memetik sumber Berita harian.

Berikutan tindakan itu PAN menolak gesaan Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, semalam yang dilaporkan meminta parti pembangkang dalam PH memberi laluan kepada PAS pada kedua-dua PRK yang akan diadakan 18 Jun ini.

Kerusi Parlimen di dua kawasan iaitu Sungai Besar dan Kuala Kangsar kosong berikutan kematian penyandangnya, Datuk Noriah Kasnon dan Datuk Wan Mohammad Khair-il Wan Ahmad, dalam nahas helikopter di Sebuyau, Sarawak pada 5 Mei lalu.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");