Perak Hari Ini

Pandang Serius Pencerobohan Hutan Di Bukit Merah

BAGAN SERAI: Pihak berkenaan diminta mengambil tindakan serius dan penguatkuasaan yang lebih tegas terhadap aktiviti pencerobohan hutan di Pondok Tanjung dan kawasan sekitar Tasik Bukit Merah.

Menurut Ahli Parlimen Bagan Serai, Dr Noor Azmi Ghazali kejadian el Nino yang dihadapi kini merupakan antara yang terburuk pernah berlaku.

PERAK TODAY 4

“Pencerobohan hutan di hulu kawasan tadahan air di Tasik Bukit Merah telah sekian lama mungkin tidak diambil perhatian serius.

“Pencerobohan tersebut mengakibatkan terganggunya ekosistem di kawasan penyimpanan air di hutan paya gambut dan juga saliran air yang masuk pula berkurangan disebabkan oleh hakisan dan pemendapan di tasik serta menjadi cetek,” katanya selepas mengadakan tinjauan ke beberapa kawasan yang telah diteroka di sini semalam.

Ujar Noor Azmi lagi, fenomena El Nino ini telah menyebabkan takungan air di tasik Bukit Merah semakin berkurangan dengan cepat ditambah lagi dengan aktiviti pencerobohan hutan.

PERAK TODAY 10

“Keadaan ini telah diketahui oleh pihak berkenaan dan pemantauan katanya akan dibuat tapi sehingga kini tiada tindakan yang jelas dan serius di kawasan ini.

Tegasnya lagi, aktiviti pencerobohan hutan bukan sahaja melibatkan ladang kelapa sawit, tetapi juga melibatkan ladang tanaman kontan yang lain tanpa kebenaran daripada pihak berkaitan.

Tambahnya lagi, tasik tersebut adalah penting bagi menyalurkan kegunaan air tasik bagi kegunaan saluran padi, industri serta minuman untuk 200,000 orang di daerah kerian.

PERAK TODAY 8

PERAK TODAY 2
Penyelidik lapangan Sahabat Alam Malaysia (SAM) Meor Razak Meor Abdul Rahman,

Sementara itu, menurut Penyelidik lapangan Sahabat Alam Malaysia (SAM) Meor Razak Meor Abdul Rahman, keluasan pencerobohan dikawasan sekitar tanah rizab Tasik Bukit Merah dianggarkan sekitar 500 hektar malah bukan hanya melibatkan satu tempat termasuklah di Pondok tanjung dan Kampung Selamat.

Beliau turut menggesa agar pihak berkuasa negeri tidak lagi bertindak meluluskan atau menyahwarta hutan simpan Pondok Tanjung dan perlu terus mengekalkannya supaya punca air ke Tasik Bukit merah tidak terjejas.

“Rosak ekosistem untuk pulih balik adalah memakan masa yang dahulunya kawasan berpaya dan kini telah menjadi tanah pamah.

“Macam mana air terus masuk ke tasik.. tasik memerlukan air daripada punca tadahan air ke kolam yang kini diganggu oleh bahan lain hakisan daripada aktiviti sekitar dan semakin cetek

Tambahnya lagi, sekitar 1,400 hektar tanah rizab di kawasan Tasik Bukit Merah telah diteroka dan dinyahwartakan sebagai hutan simpan bagi tujuan ternakan kambing.

Manakala dianggarkan sekitar 5000 hektar Hutan simpan tingga terjejas daripada keluasan asal 9000 hektar,katanya.

PERAK TODAY 6 PERAK TODAY 5

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");