Membawang Hari Ini

Peluang Ali lebih dikenali

Mungkin tidak ramai me­ngenali penyanyi ini namun di laman sosial nama Ali Aiman cukup popular.

Penah menyanyikan semula lagu Supergirl nyanyian asal kumpulan De Fam, Ali juga terkenal dengan single sendiri berjudul Morning Sun dan Breathe.

Dua tahun berkarya, pemilik nama penuh Ali Aiman Abd Hamid ini gembira lagu nyanyiannya digemari ramai.

“Saya sedar masih ramai tidak mengenali diri ini. Namun saya bersyukur dan gembira lagu yang saya hasilkan berjaya memikat hati pendengar.

“Niat saya masuk dalam bidang ini bukan hendak popular tetapi lebih kepada berkongsi minat dan karya yang dihasilkan.

“Tidak sangka bakat saya mendapat perhatian Nescafe yang menjalin kolaborasi ‘mash up’ bersama Hot FM dan Fly FM serta sudi memanggil saya untuk turut serta.

“Saya dan Sona One akan bergabung menyanyikan lagu No More pada 16 Mei ini dan ia akan diperdengarkan di dua radio ini,” katanya.

Ali berharap peluang menyertai segmen itu akan membuatkan dirinya lebih dikenali.

Selain mempunyai dua single Inggeris, jejaka kelahiran Ampang, Selangor itu berhasrat tampil dengan lagu Melayu.

Bagaimanapun, dia perlu melancarkan beberapa lagu Inggeris terlebih dahulu.

“Saya bercadang melancarkan album EP yang memuatkan enam lagu tahun ini.

“Teringin juga menghasilkan lagu Melayu, tengoklah keadaan nanti.

“Mungkin saya akan masukkan sekali lagu Melayu di dalam album EP ini atau muncul dengan single saja dulu,” katanya.

-harian Metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");