Sukan Hari Ini

Wenger minta maaf

PENGENDALI Arsenal, Arsene Wenger memohon maaf kepada penyokong setia mereka selepas gagal membawa pasukan itu menjadi juara Liga Perdana Inggeris (EPL) musim ini.

“Arsenal berada dalam situasi yang menyakinkan untuk memenangi EPL pada setiap musim, tetapi malangnya kami gagal melakukannya.

“Saya faham perasaan penyokong yang memprotes dan terima kasih juga kepada majoriti yang menyokong.

“Saya minta maaf jika saya tidak dapat memuaskan hati semua orang. Tugas kami adalah melakukan yang terbaik,” katanya selepas aksi liga yang menyaksikan Arsenal terpaksa berhempas pulas sebelum menewaskan Norwich 1-0, kelmarin.

Pada perlawanan itu juga, penyokong The Gunners melakukan protes minit ke-12 dan ke-78 meminta Wenger meletakkan jawatan.

“Saya berkongsi kekecewaan dan fokus adalah untuk kembali lebih hebat musim depan,” kata Wenger.-sinar harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");