Perak Hari Ini

Pemandu Lori Miliki Dadah, Pokok Ganja

IPOH: Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Perak berjaya memberkas seorang pemandu lori kerana didapati memiliki dadah dan pokok ganja.

Timbalan JSJN Perak, Superitendan Abd Latiff Mehat berkata, JSJN Ibu Pejabat Kontinjen (IPK) Perak telah membuat serbuan di sebuah rumah di Pasir Putih, di sini hasil maklumat daripada orang awam.

“Pada 11 Mei 2016, sekitar jam 7.30 malam, sepasukan pegawai dan anggota JSJN Perak telah membuat serbuan rumah di Pasir Putih Perak hasil daripada maklumat yang diterima.

“Hasil serbuan tersebut, pihak polis telah berjaya menahan seorang lelaki berusia 28 tahun dan pemeriksaan di tempat kejadian telah menemui dadah jenis heroin anggaran berat 2,719 gram, methamphetamine anngaran berat 59 gram dan tiga batang pokok ganja,”ujarnya dalam satu sidang media, hari ini.

PERAKTODAY1 (6)

Mengulas lanjut, pokok ganja yang berusia sekitar lima bulan itu ditanam di bahagian luar rumah.

“Suspek bekerja sebagai pemandu lori dan berasal dari Klang Selangor. Suspek tidak mempunyai rekod kesalahan lampau serta didapati positif urin.

“Daripada jumlah dadah yang dirampas, ianya boleh dibekalkan untuk penagih dadah lebih kurang seramai 2,400 orang dan dadah tersebut disyaki adalah untuk diedar di kawasan negeri ini,”ujarnya.

Abd Latiff berkata, jumlah nilai rampasan keseluruhan ialah RM171,000 selain daripada sebuah kereta jenis Iswara dan dua buah motosikal turut dirampas.

PERAKTODAY2 (4)

Ujarnya lagi, suspek akan direman selama tujuh hari bermula hari ini sehingga 18 Mei.

Suspek akan disiasat di bawah Seksyen 39 (B) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang jika disabitkan kesalahan boleh dijatuhkan hukuman mati mandatory, gantung sampai mati.

Selain itu, suspek juga akan disiasat dibawah Seksyen 6 (B) dan jika disabitkan kesalahan boleh dijatuhkan hukuman penjara seumur hidup dan disebat tidak kurang daripada enam sebatan.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");