Isu Panas

Pemuda BN sudah sedia

IPOH – Pemuda BN Perak bersedia menghadapi PRK Parlimen Kuala Kangsar meskipun saingan pada kali ini membabitkan tiga penjuru.

Pengerusinya, Hairul Anwar Mohamed Noor berkata, pihaknya akan memberi tumpuan penuh kepada usaha untuk menarik sokongan golongan belia di parlimen berkenaan.

“Kita akan teruskan usaha untuk mendekati golongan di bawah umur 40 tahun.

“Usaha-usaha ini akan ditumpukan pada pengundi dalam kawasan parlimen, luar kawasan parlimen dan pengundi atas pagar,” katanya.

Menurutnya, beliau meminta supaya semua sayap Pemuda BN memberikan kerjasama dan menyokong mana-mana individu yang dipilih untuk mewakili parti pada PRK tersebut.

“Kita perlu bergerak dalam satu unit atau satu pasukan. Kerjasama dan komitmen pemuda setiap parti komponen BN juga sangat diperlukan bagi merealisasikan hasrat mengekalkan kemenangan,” katanya.

Beliau berkata, pihaknya berharap BN bukan sahaja mampu mengekalkan kemenangan malah meningkatkan bilangan majoriti undi berbanding PRU13.

“Itu harapan kita dan semua pihak perlu bekerja keras dalam memastikan lebihan majoriti berjaya diraih dalam PRK kali ini,” katanya.

-Sinar Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");