Perak Hari Ini

Penangan mangga Chokanan, Setanding Harum Manis

LEKIR:Jika di Negeri Perlis terkenal dengan keenakan Mangga Harum Manis, namun di Lekir Perak pula,lebih terkenal dengan Mangga Chokanan yang setanding keenakannya.

Terletak di Taman Kekal Pengeluaran Makanan (TKPM) dekat Lekir Mangga Chokanan antara produk utama yang giat diusahakan selain daripada penanaman pelbagai buahan dan sayuran.

PERAK TODAY 4

PERAK TODAY 3
Penolong Pegawai Pertanian Daerah Lekir, Karri Qisti Kari Ghani

Menurut Penolong Pegawai Pertanian Daerah Lekir, Karri Qisti Kari Ghani, TKPM memberi peluang kepada usahawan yang berminat untuk menjalankan pertanian mangga tersebut.

“Di TKPM terdapat empat komponen utama yang diusahakan iaitu terbesar adalah penanaman mangga chokanan, kedua projek tembikai seperti ‘rock melon’, ketiga penanaman sayuran dan buahan manakala keempat tanaman fertigasi seperti timun dan cili merah,” katanya.

Tambahnya lagi, ladang mangga chokanan di Lekir ini telah diusahakan sejak tahun 2003 melibatkan dua fasa iaitu fasa pertama pada 2003 sekitar 65 hektar manakala fasa kedua diusahakan pada tahun 2006 sebanyak 15 hektar.

“Setakat ini sebanyak 80 hektar tanah diusahakan bagi penaman mangga Chokanan,” katanya lagi.

Ujarnya lagi, mangga Chokanan (MA224) kini semakin mendapat sambutan dikalangan penduduk sekitar malah menjadi pilihan pelancong yang berkunjung ke lokasi tersebut.

PERAK TODAY 1

Mengulas mengenai kelainan dan rasa mangga tersebut, jelasnya mangga chokanan mempunyai rasa dan kemanisan yang tersendiri di samping harganya yang cukup berpatutan.

TKPM juga turut memastikan kualiti gred Mangga chokanan dipantau dengan rapi malah bagi gred c, buah tersebut akan dijadikan produk hiliran seperti jus dan jeruk mangga yang turut dijual kepada orang ramai.

Pengunjung juga berpeluang mendapatkan sendiri produk tersebut jika berkunjung ke Balai Informasi dan pusat pengumpulan TKPM Jabatan Pertanian Lekir.

Malah pengunjung juga berpeluang untuk memetik dan melihat secara dekat penanaman mangga chokanan di ladang tersebut.

PERAK TODAY 5

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");