Perak Hari Ini

Pemuda UMNO Turut Kemuka Nama Calon PRK Kuala Kangsar

KUALA KANGSAR : Pemuda UMNO Malaysia, turut tampil mengemukakan dan menghantar senarai nama calon muda untuk bertanding dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Kangsar.

Perkara itu ditegaskan oleh Naib Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, Khairul Azwan Harun.

Ujarnya, senarai nama calon tersebut dikemukakan menerusi Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, Khairy Jamaluddin untuk diserahkan kepada pucuk pimpinan parti.

“Setiap kali berlakunya Pilihan Raya Umum (PRU) atau Pilihan Raya Kecil (PRK), sudah tentu menjadi tanggungjawab Ketua Pemuda UMNO dan pucuk pimpinan pergerakan untuk mengangkat nama-nama yang kita rasakan mempunyai kredibiliti.

“Sudah tentu kita menghantar nama calon-calon dan saudara Khairy sudah melakukan. Ada nama dari kalangan pemimpin tempatan dan luar,”katanya ketika ditemui selepas perjumpaan dengan jentera BN, hari ini.

Sementara itu, Khairul Azwan turut berkata, jentera Pemuda UMNO dan Barisan Nasional (BN) juga telah bersedia untuk mempromosikan ‘produk’ BN bagi menghadapi PRK di Kuala Kangsar ini.

5 (5)

“Saya telah meminta jentera Pemuda mengambil pendekatan sebagai ‘salesman’ atau ejen pemasaran. Kita mesti mempunyai kemahiran dan kebijaksanaan sebagai ‘salesman’ dalam usaha untuk mempromosikan produk kita.

“Dalam konteks PRK ini, sudah tentu BN dan calon kita menjadi produk kita dan akan kita pasarkan mereka ini,”katanya.

Dalam masa yang sama, beliau turut menegaskan bahawa isu-isu nasional tidak akan mempengaruhi minda pengundi di PRK Kuala Kangsar.

“Isu-isu yang wujud itu hasil daripada manipulasi oleh pihak pembangkang dan rakyat pada hari ini sudah meluat dengan isu yang dimanipulasi itu.

“Dalam konteks pengundi di Kuala Kangsar, ianya tidak akan memberi impak yang besar ketika mereka membuat keputusan semasa mengundi,”jelasnya.

Sementara itu, Khairul Azwan berkata, pihaknya telah mengenalpasti pengundi-pengundi muda yang akan mengundi dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Kangsar pada 18 Jun hadapan.

Beliau berkata, Pemuda UMNO juga akan terus mendekati golongan pengundi muda sama ada secara langsung atau tidak langsung.

“Hari ini, kita berhadapan sekitar 11,638 pengundi muda di bawah umur 40 tahun iaitu hampir 35 peratus daripada jumlah besar pengundi berdaftar sebanyak 33,321 pengundi.

“Mereka ini akan kita kenalpasti mengikul lokaliti dan Pusat Daerah Mengundi (PDM) dan jentera-jentera Pemuda sudah bersiap sedia untuk bertemu dan membawa produk Barisan Nasional (BN) dan calon kita untuk diterima oleh mereka,”katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");