Membawang Hari Ini

Penyatuan dua dunia berbeza

NASKHAH yang mengangkat dunia tarian, lebih-lebih lagi tarian jalanan antara karya yang sering dipersembahkan oleh pembikin filem Hollywood.

Bagaimanapun Michael Damian bersama kakaknya Janeen Damian, membawa satu kelainan menerusi naskhah mereka, High Strung.

Filem yang mempertaruhkan muka baharu dan lama seperti Ian Eastwood, Keenan Kampa, Jane Seymour, Sonoya Mizuno dan David Lipper dilihat mengangkat seni tarian ke tahap yang tertinggi.

High Strung mengisahkan seorang pemain biola, Johnnie (Eastwood) tertarik dengan seorang penarik klasik, Ruby (Kampa) ketika sedang `busking` di New York Subway.

Dia mendapati Ruby merupakan pelajar Manhattan Conservatory of Arts.

Suatu hari, Ruby mempelawa Johnnie menyertai satu pertandingan dan hasrat mereka mendapat sokongan dan bantuan daripada sekumpulan penari hip hop.

Secara jujurnya, pada pandangan penulis, filem ini menampilkan jalan cerita yang cukup ringkas dan mudah di baca pengakhiran serta jalan ceritanya.

Bagaimanapun jangan bimbang, ia tidak akan menjejaskan mood anda sama sekali sepanjang menonton filem ini.

Bagi penulis, Michael bijak menyusun jalan cerita dengan menampilkan kisah Ruby dan Johnnie secara silih berganti dan kemudiannya kisah mereka digabungkan untuk membentuk sebuah kisah romantik.

Tidak terhenti setakat itu sahaja, dua individu yang menceburi dua bidang berbeza ini kemudiannya saling mempelajari dan memahami minat masing-masing dan seni yang ada pada mereka akhirnya membibitkan rasa cinta.

Tidak hanya memfokuskan kepada kisah cinta semata-mata, penonton juga dihidangkan dengan tarian balet yang semakin dilupakan seninya.

Ia kemudiannya melihatkan gabungan tarian balet dengan tarian moden iaitu hip hop. Begitu juga dengan muzik, iaitu antara irama gesekan violin dan muzik moden masa kini.

Gabungan demi gabungan ini memberikan satu kelainan yang cukup menarik dan membuai perasaan penonton sepanjang menyaksikan filem ini.

Medan buat Eastwood, Kampa

Selain itu, penulis juga melihat filem ini menjadi medan untuk dua pelakon baharu ini menempa nama mereka.

Lebih-lebih lagi Eastwood yang berbekalkan rupa paras yang agak menarik, tentu sahaja dia bakal membarisi nama pelakon Hollywood popular selepas ini.

Secara keseluruhannya, penulis melihat High Strung adalah sebuah cerita menarik untuk ditonton bersama teman dan pasangan.

Ia juga membawa mesej penting untuk kita sentiasa mempercayai pasangan kita dalam apa juga situasi.

Justeru bagi anda yang ingin mengikuti kesudahan cerita mereka, jangan lupa menyaksikan High Strung di pawagam.-harian metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");