Sukan Hari Ini

Popov pengendali baharu Kelantan

BEKAS pengendali skuad kebangsaan Maldives, Velizar Emilov Popov dilantik pengendali baharu Pamoga Qu Puteh The Red Warriors (PQPTRW) menggantikan K Devan yang meletakan jawatan itu kelmarin.

Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa), Tan Sri Annuar Musa berkata, pengendali berasal dari Bulgaria itu dilihat paling layak mengemudi skuad PQPTRW berbekal pengalaman luas Popov dalam arena bola sepak di rantau Asia.

“Pelantikan ini bagi isi kekosongan ditinggalkan K Devan kerana kita tidak mahu Kelantan ditinggalkan terlalu lama tanpa pengendali.

“Bagi saya pengalaman Popov mengendalikan pasukan di luar negara dan Asean cukup lama dan mantap misalnya di Thailand.

“Jadi, saya fikir dia ada pengalaman untuk membantu Kelantan dalam arena bola sepak negara,” katanya dalam sidang media di Menara Mara, semalam.

Dengan pelantikan Popov itu, beliau berharap Kelantan dapat menjadi salah satu pasukan terbaik untuk masa depan.

“Kita harap dengan pengalamannya membolehkan pasukan Kelantan berada dalam pasukan empat terbaik dan sekurang-kurangnya ke separuh akhir dalam Piala Malaysia atau layak berentap di Piala AFC,” katanya.

Kontrak Popov bersama Kelantan adalah selama setahun akan dinilai dari semasa ke semasa.

Kelmarin, Devan mengumumkan meninggalkan Kelantan berkuat kuasa serta merta dengan alasan masalah peribadi.

Walaupun tidak menjelaskan mengapa dia membuat keputusan itu, namun kegagalan Kelantan memenuhi statusnya sebagai antara pasukan paling popular dan menjadi pilihan sebelum musim 2016 bermula boleh dijangkakan sebagai punca.

Sementara itu, demi kelangsungan jangka panjang arena bola sepak Kelantan, Kafa dan kelab Serie B, FC Bari 1908 telah menjalin hubungan strategik membangunkan akademi pemain muda untuk beraksi di peringkat antarabangsa.

Menurut Annuar, beliau mahu bola sepak Kelantan berperanan sebagai tapak semaian melahirkan pemain bola sepak unggul tanah air.

“Kelantan sentiasa kompetitif sebab itu saya sentiasa mencuba pelbagai kaedah antaranya jalinan kerjasama membangunkan bola sepak akar umbi bersama FC Bari dan menukar jurulatih,” katanya.

Sementara itu menurut Popov, beliau akan mencuba yang terbaik untuk membantu Kelantan memburu kejuaraan setiap perlawanan yang.

“Saya bersedia ambil risiko dan saya akan mencuba yang terbaik untuk merealisasikan impian Kelantan,” katanya.

Malah Popov komited akan memulakan sesi latihan bersama skuad kendaliannya bermula hari ini.-sinar harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");