Panasnya Hari Ini

PRK: PAS Tidak Perlu Gentar Bertanding Tiga Penjuru

KUALA LUMPUR: Pengarah Komunikasi Parti Amanah Negara (Amanah), Khalid Abdul Samad menasihati Pas supaya berunding dengan semua wakil Pakatan Harapan jika parti itu enggan pertandingan tiga penjuru, dan bukan hanya berunding dengan PKR.

Pas turut disifatkannya kelihatan keliru dengan ‘bahasa’ mereka sendiri sebagai blok ketiga.

“Pas sepatutnya selari antara percakapan dan tindakan mereka. Blok ketiga sepatutnya tidak gentar bertanding tiga penjuru,” katanya memetik sumber Sinar Harian.

Beliau berkata demikian bagi mengulas kenyataan Timbalan Presiden Pas, Tuan Ibrahim Tuan Man yang menyarankan parti pembangkang lain tidak meletakkan calon dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Sungai Besar dan Kuala Kangsar.

Tambahnya sekiranya enggan undi pecah dijadikan alasan, Pas juga sepatutnya bersedia berbuat demikian.

“Kalau tak mahu undi pecah, Pas jangan letak calon. Pas pun sepatutnya jangan bertanding. Beri laluan kepada parti lain. Kalau Pas merasakan pecahan undian itu satu perkara penting, tariklah diri. Jangan suruh orang lain tarik diri,” katanya.

Beliau turut menegaskan bahawa keputusan sama ada Amanah akan meletakkan calon dalam dua PRK tersebut masih lagi dalam proses perbincangan.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");