Perak Hari Ini

Program TPBR: Perak Dipilih Sebagai Lokasi Pertama

IPOH: Perak menjadi lokasi pertama bagi program Turun Padang Bantu Rakyat (TPBR) yang dianjurkan Biro Kebajikan UMNO Malaysia dalam siri jelajahnya ke seluruh negara.

Pengerusi Biro Kebajikan UMNO, Datuk Shamsul Anuar Nasarah berkata, program tersebut merupakan bantuan yang dilakukan secara berterusan oleh parti dan kerajaan.

“Jelajah TPBR Biro Kebajikan ini akan pergi ke 21 lokasi di seluruh negara setelah ia dilancarkan oleh Presiden UMNO, Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak, di Menara Dato Onn PWTC, pagi tadi.

PERAKTODAY3

“Kita lakukan secara konsisten… Ia dilaksanakan bukan atas tujuan tertentu tetapi sebahagian daripada tanggungjawab UMNO sejak dahulu iaitu membantu rakyat,” katanya ketika ditemui selepas majlis penyerahan sumbangan tersebut di sini, hari ini.

Turut hadir sama, Menteri Besar Perak merangkap Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir.

PERAKTODAY1

Jelas beliau lagi, pihaknya bukan hanya menyampaikan sumbangan kepada 191 UMNO Bahagian seluruh negara, tetapi juga turut disampaikan kepada beberapa pihak.

“Ia termasuk bekas perajurit, ibu tunggal, anak-anak yatim; pesakit kronik, warga miskin dan beberapa kumpulan lain.

“Walaupun kita tahu kita tidak mampu beri kepada semua, tetapi program ini adalah petanda bahawa UMNO adalah pejuang dan membantu rakyat,” katanya lagi.

Dalam pada itu, beliau berkata jelajah TPBR seterusnya akan memberikan sumbangan kepada 1,300 ahli persatuan ibu-ibu tunggal Kuala Kangsar.

PERAKTODAY4

“Untuk maklumat, di negeri Perak, bantuan akan diberikan kepada 7,322 penerima termasuklah ibu tunggal, anak yatim dan golongan kurang berkemampuan yang kita salurkan melalui UMNO bahagian masing-masing,” jelasnya.

Beliau juga berharap agar program tersebut diharap dapat mmeperkukuhkan dan merealisasikan lagi imej UMNO sebagai parti yang membantu rakyat.

Terdahulu,sebanyak lebih 40 buah kenderaan dengan disertai oleh 130 peserta termasuk Skuad Sayang Wanita UMNO Malaysia, Pemuda Malaysia, Puteri Malaysia, Sukarelawan Briged Bantuan Bencana Biro Kebajikan UMNO Malaysia telah menyertai Jelajah TPBR kali ini termasuk Media Media Tempatan.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");