Panasnya Hari Ini

Saya Tak Pernah Pinjam RM1b sepanjang 22 Tahun Jadi PM’

KUALA LUMPUR: Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, selama 22 tahun beliau menerajui negara sebagai Perdana Menteri, beliau tidak pernah meminjam wang sebanyak RM1 bilion.

“Kita ada had tak boleh pergi lebih jauh dari itu, tapi Najib bijak daripada saya. Bukan kerajaan yang pinjam, tapi syarikat (1MDB) yang berhutang. Kenapa begitu banyak hutang diberi kepada syarikat ini, tentulah kerana jaminan oleh kerajaan.

“Secara tak langsung, ini bermakna kerajaan yang berhutang. Sekali lagi nampak putar belitnya, dia tak akan kata kerajaan yang berhutang, sebaliknya hutang 1MDB,” katanya, lapor Sinar Harian.

Beliau berkata demikian ketika berucap di hadapan hampir 10,000 penonton dalam Pidato Selamatkan Malaysia di pekarangan Wisma Harapan, Alor Setar Kedah, malam tadi.

Dalam masa yang sama, Tun Mahathir berkata, kerjasama beliau dengan pembangkang menerusi Deklarasi Rakyat bukanlah melibatkan soal parti atau mana-mana pertubuhan bukan kerajaan (NGO) sebaliknya ia adalah untuk memperjuangkan hak rakyat.

“Kita tahu dia (Najib) menunjukkan kononnya begitu demokratik dalam UMNO, pemilihan pemimpin dibuat oleh wakil seramai 2,000 orang. Dia ingin perluaskan supaya lebih ramai ahli UMNO dapat menyertai pemilihan pemimpin dan kita berasa lega juga.

“Baik sungguh Najib, yang tak ada hak pun diberi hak. Tapi ini suatu penipuan kerana bukan jumlah undi daripada ahli-ahli diambil kira, sebaliknya jumlah bahagian yang menentukan siapa menjadi pemimpin,”ujarnya.

Tun Mahathir juga turut mengulas mengenai keputusan beliau keluar dari UMNO buat kali kedua Februari lalu.

Ujarnya, keputusan itu dibuat bukan kerana beliau tidak sayangkan UMNO, tetapi kerana beliau tidak suka cara pentadbiran yang dilakukan oleh Najib sebagai Perdana Menteri.

“Saya bukan anti-UMNO…saya anti Najib. Selama ini negara kita walaupun mempunyai berbilang kaum, parti lawan dan parti kerajaan, tapi pentadbiran boleh dijalankan dengan baik.

“Hari ini kita lihat cara Najib tidak disenangi dan kesannya amat buruk kepada negara. Kita berhimpun kerana sedar bahawa yang salah ialah Najib, tetapi dia kata tak salah,”ujarnya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");