Panasnya Hari Ini

PRN Sarawak: Jawatan calon Bekenu, Lambir kekal jika BN menang

KUALA LUMPUR: Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Adenan Satem menyatakan sekiranya Barisan Nasional (BN) menang dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak pada 7 Mei nanti, jawatan bagi dua calon BN di Dewan Undangan Negeri (DUN) Bekenu dan Lambir akan dikekalkan.

Adenan yang dipetik BH Online berkata, beliau akan melantik semula penyandang Bekenu, Rosey Yunus ke jawatan Menteri Muda, manakala Ripin Lamat (Lambir) sebagai Setiausaha Politik Ketua Menteri.

Sehubungan itu, beliau berkata, pengundi di kedua-dua kawasan berkenaan perlu memastikan kemenangan bagi calon-calon tersebut supaya dapat menyuarakan kehendak mereka.

“Jika pilih calon pembangkang mereka tidak akan ada wakil yang mendengar masalah mereka. Calon Bebas atau Parti Keadilan Rakyat tidak berjuang untuk Bekenu dan Lambir,” katanya pada majlis Makan Tahun Perdana Daerah Subis 2016 di Kampung Bungai, Sibuti, hari ini, lapor BH Online.

Turut hadir sama ialah calon BN bagi DUN Bekenu, Rosey Yunus dan calon DUN Lambir, Ripin Lamat.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");