Sukan Hari Ini

Senjata rahsia Semut Merah

Petaling Jaya: Shahurain Abu Samah mungkin boleh menjadi senjata rahsia skuad E Elavarasan pada aksi Piala FA menentang Johor Darul Ta’zim (Johor DT) di Stadium Shah Alam, malam esok.

Ini kerana bekas penyerang Negeri Sembilan itu sentiasa menjadi hero ketika waktu terdesak seperti mana dalam beberapa kejohanan besar sebelum ini.

Mengimbas aksi separuh akhir Piala Malaysia bertemu Johor FC pada 2010 lalu, jaringan kedua disumbangkan Shahurain pada pada minit ke-61 memastikan skuad Rusa melangkah ke pentas final.

Begitu juga dengan aksi Liga Super pada musim 2012 apabila jaringan tunggalnya berjaya menghadiahkan Negeri Sembilan tiga mata penuh selepas menewaskan FELDA United 1-0.

“Pengalaman lalu memang banyak mengajar saya untuk jadi lebih matang dalam permainan.

“Bagi saya aksi final (Piala FA) kali ini lebih mengujakan kerana kami akan hadir selaku pasukan ‘underdog’. Berdasarkan status itu, saya lihat suasana dalam pasukan amat tenang tanpa sebarang tekanan.

“Saya percaya mereka (Johor DT) lebih tertekan kerana dibarisi ramai pemain bintang di samping dibebani dengan gelaran juara Liga Super dan Piala AFC.

“Kami harus ambil kesempatan ini untuk mengejutkan mereka di final nanti,” katanya dengan nada penuh keyakinan.

Menurut pemain berusia 29 tahun itu, dia berjanji akan memberi persembahan terbaik jika dia diturunkan dan berazam menjaringkan gol untuk skuad Red Ants.

“Jika saya diberi peluang jurulatih, insya-Allah saya akan gunakan pengalaman sebelum ini untuk memastikan pasukan mencapai kemenangan.

“Saya harap semua pihak dapat memberi sokongan tidak berbelah bahagi kepada kami,” katanya.-harian metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");