Perak Hari Ini

Sultan Perak Rasmi Perak Agrotourism Resort

Tanjung Tualang: Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizuddin Shah berkenan berangkat merasmikan Perak Agrotourism Resort (PATRO) di Tanjung Tualang di sini hari ini.

Turut berangkat sama, Raja Permaisuri perak Tuanku Zara Salim.

PERAK TODAY 1

Turut hadir pada majlis tersebut, Menteri Besar Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir dan isteri Datin Seri Saripah Zulkifli.

Pada majlis tersebut, baginda dan Raja Permaisuri Perak Tuanku Zara Salim berkenan untuk melawat ke tanaman kunyit, daun kesum, madu kelulut, tanaman fertigasi cili dan lawatan chalet sekitar PATRO.

PATRO dibangunkan oleh Kumpulan Perbadanan Pembangunan Pertanian Negeri Perak (PPPNP) melibatkan kawasan seluas 670 ekar itu dijangka mampu menjadi destinasi pelancongan terbaharu negeri ini.

Resort tersebut juga merupakan tarikan pelancongan terbaru yang mampu menarik minat ramai pelancong ke negeri ini dengan menggabungkan elemen pelancongan dan Pertanian.

PERAK TODAY 2

Sementara itu, pembinaan chalet yang menggabungkan persekitaran semulajadi juga  masih dikekalkan sejak dari proses pembinaan resort dimulakan.

Pelbagai aktiviti riadah turut ditawarkan di sini antaranya aktiviti sukan lasak seperti berbasikal, atv, paintball serta aktiviti sukan air seperti kayak dan bot kayuh.

Ketua Pegawai Eksekutif PPPNP, Datuk Ahmad Rizal Abd Rahman dalam taklimatnya sebentar tadi berkata pembinaan PATRO berupaya meningkatkan ekonomi penduduk setempat.

PERAK TODAY 5

Jelasnya lagi, selain menerapkan konsep riadah, aktiviti pertanian dan rekreasi PATRO turut menjanjikan pengalaman percutian semulajadi yang unik dan menarik.

“Resort ini berpeluang untuk melakukan sendiri aktiviti memetik sayuran dan buahan, membuat telur masin, berbasikal dan menyediakan mini ‘petting zoo’,” katanya.

Tambahnya lagi, PPPNP turut memberi peluang pekerjaan kepada masyarakat setempat di resort tersebut iaitu menerusi penglibatan ibu tunggal serta membantu mengurangkan pengganguran dikalangan para belia.

PERAK TODAY 3

PERAK TODAY 2

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");