Sukan Hari Ini

Tagih tuah Litar Le Mans

Kuala Lumpur: Pelumba Moto3 negara Adam Norrodin (gambar) berharap pengalaman beraksi di Litar Le Mans menjelang Grand Prix (GP) Perancis hujung minggu ini dapat menamatkan kemarau gagal mengutip mata sejak kali terakhir melakukannya di GP Argentina.

Jelas pelumba SIC Racing Team itu, Le Mans bukan sesuatu yang asing baginya kerana pernah beraksi ketika menyertai perlumbaan CEV Sepanyol sebelum beralih ke saingan Moto3.

“Saya pernah beraksi dua kali di litar ini dan amat meminatinya. Litar ini sangat teknikal tapi saya jangkakan kami mampu meraih keputusan baik di sini.

“Ia bukan litar yang mudah tapi sudah pasti kami akan bekerja keras mencari pelarasan terbaik pada sesi latihan bebas.

“Saya akan cuba mendapatkan catatan masa terbaik dan paling pantas kerana mahu kembali mengutip mata kali ini,” katanya.

Selepas mengutip mata di GP Argentina, Adam gagal menamatkan perlumbaan pada saingan seterusnya di GP Amerika Syarikat.

Pada perlumbaan terakhir di GP Sepanyol pula dia sekadar menamatkan saingan di tempat ke-16.

-harian metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");