Jenayah

Tak mengaku ugut bom palsu

Petaling Jaya: Pengarah syarikat mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini, hari ini, atas tuduhan mengugut terdapat bom dalam pesawat Firefly 3251 dari Lapangan Terbang Subang ke Singapura, dua minggu lalu.

Tertuduh, Woong Choon Loong, 41, membuat pengakuan itu sebaik pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Majistret Atiqah Abdul Karim.

Mengikut pertuduhan, dia didakwa melakukan ugutan jenayah melalui telefon dengan menyatakan terdapat bom dalam pesawat berkenaan dengan niat hendak menyebabkan ketakutan di pejabat perkhidmatan awam pelanggan Firefly, Citta Mall, Jalan PJU 1A/48, di sini, 7.36 petang, 17 Mei lalu.

Dakwaan dilakukan mengikut Seksyen 507 Kanun Keseksaan, yang boleh dihukum penjara maksimum dua tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin RM8,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 28 Jun ini untuk sebutan semula kes.

-Harian Metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");