Berita Hari Ini

Tiang monorel Chow Kit bakal diceria dengan info grafik

KUALA LUMPUR – Pemandangan di sekitar Chow Kit dan Jalan Tuanku Abdul Rahman di sini bakal diberi nafas baharu apabila tiang monorel di sekitarnya dihiasi dengan infografik yang bertemakan 10 Fakta Menarik Tentang Chow Kit.

Antara elemen yang akan diketengahkan melalui infografik itu ialah Zon Warisan Menarik Untuk Dijelajahi, Tempat Beli-Belah Terkenal Era 70-an dan Antara Jalan Terawal di Kuala Lumpur.

Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Mhd Amin Nordin Abd Aziz berkata projek bernilai RM350,000 yang dijangka siap akhir Jun ini melibatkan 15 batang tiang.

“Chow Kit dahulunya adalah kawasan yang ceria dan banyak menyumbang kepada perkembangan ekonomi, namun kini ia sudah semakin suram. Kita harap dengan usaha sebegini, ia akan kembali meriah seperti kawasan Bukit Bintang,” katanya.

Beliau berucap pada majlis menandatangani memorandum persefahaman (MoU) antara Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana) bagi menghias tiang monorel, di sini hari ini.

DBKL diwakili Mhd Amin manakala Prasarana diwakili Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Azmi Abdul Aziz.

Projek itu merupakan usaha awal DBKL ke arah menjadikan Chow Kit sebagai kawasan tarikan pelancong selain mempromosikan identiti negara dan tempatan.

Dalam pada itu, Mhd Amin berkata usaha akan dilakukan pada masa depan untuk menjadikan tiang monorel di seluruh ibu negara sebagai ruang iklan.

– Bernama

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");