Jenayah

Terima hukuman kerana ugut bunuh anak

KUALA KRAI: Kerana mengugut untuk membunuh anak perempuannya sendiri, seorang bapa dijatuhi hukuman penjara lapan bulan di Mahkamah Majistret Kuala Krai, kelmarin.

Tertuduh dikatakan melakukan kesalahan itu pada jam 1 petang, 12 Mei lalu di tempat kerja anaknya di bandar Kuala Krai, di sini.

Mengikut fakta kes, tertuduh telah pergi ke pejabat berkenaan dengan membawa sebilah parang dan telah mengugut untuk membunuh anak perempuannya yang berusia 20 tahun.

Kerana takut dengan ugutan itu, anak perempuan tertuduh kemudiannya membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Krai pada hari sama.

Tertuduh kemudiannya ditahan polis pada jam 5 petang, hari kejadian dan dituduh di bawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan.

Hukuman ke atas tertuduh dijatuhkan Majistret Amal Razim Alias, manakala pendakwaan dilakukan oleh pegawai pendakwa dari IPD Kuala Krai, Inspektor Aizuddin Jamaludin dan tertuduh diwakili peguam dari Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kuala Krai, Superintendan Abdullah Roning memberitahu, kerana terlibat dengan najis dadah, tertuduh sanggup mengugut untuk membunuh anaknya sendiri

-Sinar Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");