Jenayah

Warden pukul pelajar dikompoun

SHAH ALAM: Seorang warden yang dikaitkan dengan video viral pukul pelajar vokasional minggu lalu, dikompoun RM3,000 oleh Mahkamah Majistret Shah Alam selepas mengaku bersalah terhadap dua pertuduhan mencederakan dua pelajar.

Majistret, Raja Noor Adilla Raja Mahyaldin membuat keputusan itu terhadap Mahbut Yaacob sebentar tadi.

Dia mengaku dengan sengaja telah mendatangkan kecederaan dengan memukul dan memijak tubuh badan mangsa.

Mahbut,53, juga mengaku menampar dan memukul seorang lagi pelajar lelaki.

Kedua-dua kesalahan itu dilakukan dilakukan di tangga aras 2, Asrama Blok Kasih,Kolej Vokasional Sungai Buloh, jam 5.20 dan 5.30 petang pada 3 Mei lalu.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Rustam Sanip mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan.

Sebelum ini, video berdurasi seminit 10 saat yang merakamkan seorang pelajar sekolah dipukul oleh seorang warden tersebar di laman media sosial dan disahkan benar oleh polis.

-Sinar Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");