Berita Hari Ini

10 tahun negara bebas wabak bakteria, tetapi sekarang…

SHAH ALAM – Selama 10 tahun negara kita bebas daripada pembawaan wabak penyakit, tetapi sekarang kita berdepan dengan situasi ini,” demikian kata Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kesihatan, Kebajikan, Hal Ehwal Wanita dan Keluarga Negeri, Dr Daroyah Alwi ketika mengulas mengenai penularan wabak baketeria difteria dalam kalangan kanak-kanak di negara ini.

Menurutnya, ibu bapa sepatutnya lebih bertanggungjawab dan peka dengan keadaan kesihatan serta keperluan vaksin untuk anak-anak mereka.

Langkah tersebut menurut Daroyah, mampu mengelakkan anak-anak dijangkiti virus dan bakteria yang boleh mengancam nyawa serta kesihatan anak-anak.

“Ibu bapa jangan ambil mudah tentang pengambilan vaksin terhadap anak-anak. Kalau ada (orang) yang bersin depan kita, entah apa kuman yang sampai kepada kita.

“Risiko terdedah kepada bahaya penyakit ada di mana-mana. Kita tak tahu apa penyakit yang dibawa oleh manusia zaman sekarang,” katanya ketika ditemui pada majlis berbuka puasa semalam.

Daroyah yang juga merupakan Adun Sementa berkata, pihaknya kini sedang merancang mengadakan sesi penerangan kepada ibu bapa tentang vaksin dan penyakit yang terdedah kepada bayi.

Katanya lagi, langkah tersebut dibuat bagi memberi kesedaran kepada ibu bapa terhadap keperluan vaksin pada bayi dan anak-anak.

“Kita kena buat sesi-sesi penerangan bila berlaku situasi seperti ini. Masih belum terlambat untuk menerima vaksin daripada klinik.

“Pergilah mana-mana klinik kerajaan untuk berikan vaksin kepada anak-anak, tidak kira berapa umur anak anda sekarang.

“Jangan ragu-ragu. Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) juga sudah mengatakan hukum harus untuk menerima vaksin,” katanya lagi.

-Sinar Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");