Berita Hari Ini

3 juta kenderaan dijangka balik Kelantan

KOTA BHARU – Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Kelantan menjangkakan tiga juta kenderaan untuk pulang menyambut Hari Raya Aidilfitri bermula 29 Jun sehingga 13 Julai.

Pengarahnya, Mahasan Mustapa berkata, pada musim perayaan ini, anggota JPJ alan mengawal di dua pintu utama iaitu Gua Musang dan Jeli.

“Ops Hari Raya Aidifitri dilancarkan melibatkan 264 anggota di seluruh negeri bagi menjalankan rondaan secara bergilir-gilir selama 24 jam di sekitar lebuh raya dan jalan utama di negeri ini.

“Kami memanjangkan pergerakan dan kemasukan kenderaan tersebut bermula pada Jumaat ini iaitu menjelang seminggu umat Islam di negara menyambut hari raya dan cuti sekolah bermula,” katanya kepada pemberita semasa Majlis Berbuka Puasa dan Sumbangan Anak Yatim di JPJ Panji, semalam.

Mahasan berkata, matlamat jabatan berkenaan mengadakan operasi bagi mengelak kemalangan terhadap tiga juta kenderaan atau pengguna yang memasuki negeri ini pulang berhari raya di kampung halaman.

Beliau berkata, perjumpaan bersama semua pengusaha syarikat bas ekspres di Kelantan antara tujuh strategik penguatkuasaan yang dirancang sepanjang operasi tersebut.

“Kami berjumpa pengusaha bas bagi memaklumkan operasi yang bakal dilaksanakan supaya mereka mengambil perhatian dan memberikan kerjasama kepada kami.

“Dalam perjumpaan itu, kami akan melakukan pemeriksaan bas di Depoh bagi memeriksa bas dari segi teknikal, pemandu dan sebagainya sebelum melakukan perjalanan ,” katanya.

Selain itu, pihaknya juga akan melakukan beberapa lagi strategik yang terdapat dalam tujuh penguatkuasaan berkenaan.

“Antaranya, anggota kami melakukan penyamaran sebagai penumpang bas, operasi penguatkuasaan ke atas motosikal dan kempen keselamatan jalan raya akan dilaksanakan yang terdapat dalam tujuh strategik itu.

Dalam perkembangan lain, Mahasan turut mengulas berkaitan isu pemasangan Kemera Automated Enforcement System (AES) di Kelantan, yang mana pihaknya masih belum memasang kemera tersebut.

“Bagaimanapun, kami sudah mengenalpasti beberapa kawasan kritikal, namun kerja-kerja pemasangan kamera itu masih belum dilaksanakan,” katanya.

-Sinar Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");