Berita Hari Ini

462 sekolah diberi bantuan

SHAH ALAM – Kerajaan Selangor akan mengagihkan sebanyak RM10,200 kepada 462 sekolah di negeri ini.

Exco Pendidikan, Pembangunan Modal Insan, Sains dan Teknologi dan Inovasi, Nik Nazmi Nik Ahmad berkata, bantuan ini diagihkan berdasarkan keperluan sekolah dengan mengambil kira jumlah pelajar dan keadaan terkini sekolah melalui borang permohonan yang perlu dilengkapkan oleh setiap sekolah.

“Sebanyak 274 sekolah agama rakyat, 94 sekolah jenis kebangsaan Cina dan 94 sekolah jenis kebangsaan Tamil menerima bantuan,” katanya pada Program Bantuan Pendidikan Negeri Selangor 2016 di Dataran Setiausaha Kerajaan Negeri, di sini, semalam.

Menurutnya, konsep agihan sebegini dilakukan adalah untuk memastikan bantuan ini sampai kepada sasaran dan memudahkan rakyat menikmati sumbangan dari kerajaan negeri.

“Kerajaan negeri mengambil inisiatif membantu menyelesaikan infrastruktur sekolah di negeri ini dengan hasrat agar pelajar dapat belajar dalam persekitaran yang selesa dan kondusif.

“Kerajaan negeri menyediakan dana RM16 juta setiap tahun bagi menyediakan infrastruktur yang baik dan selamat kepada sekolah,” katanya.

-Sinar Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");