Jenayah

Anggota SPAD tahan ulat tiket di KLIA

Sepang: Penyamaran anggota penguat kuasa Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) di terminal Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), di sini, sejak jam 6 pagi berbaloi apabila menahan dua ulat tiket bas dan seorang ulat teksi, pagi semalam.

Sebuah teksi juga disita dalam Op Parasit yang tamat kira-kira jam 1 petang itu.

Sumber SPAD berkata, operasi terbabit disertai 29 anggota dan pegawai SPAD termasuk anggota yang melakukan penyamaran.

“Dua lelaki dipercayai memujuk dan menawarkan tiket bas untuk ke destinasi tertentu kepada anggota penguat kuasa SPAD. Kedua-dua mereka yang berusia 28 dan 27 tahun masing-masing warga tempatan kemudian ditahan untuk siasatan lanjut.

“Seorang lagi warga tempatan berusia 54 tahun didapati menawarkan perkhidmatan teksi kepada anggota yang menyamar sebelum ditahan,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Menurutnya, ketiga-ketiga suspek ini kemudian dibawa ke Balai Polis Sepang untuk tindakan lanjut dan siasatan mengikut Seksyen 205 dan 243 Akta Pengangkutan Awam Darat (APAD) 2010.

Beliau berkata, kaunter jualan tiket disediakan di KLIA dan klia2, justeru pengguna yang tiba di lapangan terbang itu boleh menggunakan kemudahan yang disediakan dan bukan melalui ulat.

“Malah ulat teksi juga dipercayai akan mengenakan kadar tambang yang lebih mahal, malah tidak menggunakan meter dan kebiasaannya warga asing menjadi mangsa.

“Kita mendapat banyak laporan mengenai kegiatan ini sama ada ulat tiket bas atau ulat teksi, justeru kaedah penyamaran digunakan bagi memudahkan pihak kami membuat tuduhan terhadap mereka di mahkamah kelak.

“Op Parasit akan dijalankan dari semasa ke semasa bagi memastikan kawasan kedua-dua lapangan terbang ini bebas daripada ulat,” katanya.

-Harian Metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");