Sukan Hari Ini

FAM janji aksi lebih baik

SETIAUSAHA Agung Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Hamidin Mohd Amin menjanjikan aksi lebih baik akan ditampilkan skuad Harimau Malaysia apabila turun berdepan Timor Leste pada perlawanan Play-Off Kelayakan Piala Asia 2019 di Larkin, esok.

Hamidin yang juga pengurus pasukan kebangsaan berkata, corak permainan dan persembahan pemain skuad kendalian Datuk Ong Kim Swee sedang diperbaiki dalam beberapa sesi latihan di Johor Bahru bermula semalam.

“Perlawanan pertama ini cukup penting kerana kita memerlukan kelebihan jaringan sebagai bekalan untuk perlawanan kedua pada 6 Jun (juga di Larkin) dan perlu memastikan Timor Leste tidak mendapatkan jaringan di tempat lawan.

“Jadi apa yang boleh saya katakan, skuad Harimau Malaysia akan mempamerkan aksi lebih baik pada Khamis ini (esok),” katanya.

Hamidin turut berharap penyokong Harimau Malaysia sekitar Johor Bahru dapat hadir ke Larkin bagi memberikan sokongan padu kepada pemain.

“Saya percaya, jika lebih ramai penyokong hadir ke stadium, pasti pemain akan lebih bersemangat untuk mempamerkan aksi terbaik, seterusnya menghadiahkan kemenangan,” jelasnya.

Tiket-tiket berharga RM30 (dewasa) dan RM5 (kanak-kanak) akan dijual pada hari perlawanan (esok) bermula jam 9 pagi di kaunter tiket di Stadium Larkin sehingga perlawanan bermula pada jam 8.45 malam.-sinar harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");