Sukan Hari Ini

Atur lebih banyak perlawanan berkualiti

KETUA jurulatih skuad B-22 negara, Frank Bernhardt tetap berpuas hati dengan prestasi ditunjukkan anak buahnya di Jepun walaupun tidak menjelmakan keputusan positif dalam dua perlawanan persahabatan di Chiba.

“Kita bolos satu gol menerusi sepakan penalti di mana selepas sesi analisis video, ia jelas menunjukkan bola tidak terkena tangan pemain kita.

“Pada separuh masa kedua, kita berjaya mendapat kembali rentak permainan namun terlepas banyak peluang baik untuk menjaringkan gol.

“Secara keseluruhannya, ini keputusan yang baik buat kita yang telah berjaya bersaing dengan pasukan J1,” katanya.

Pada aksi persahabatan itu, skuad muda negara hanya meraih keputusan seri 3-3 dengan kelab Divisyen Dua Jepun, Machida Zelvia FC, Isnin lepas, sebelum tewas 0-1 kepada kelab Divisyen Satu Jepun, Shonan Bellmarel, kelmarin.

Dalam pada itu, jurulatih berusia 46 tahun dari Jerman itu berharap lebih banyak pendedahan akan diberikan kepada anak buahnya selepas ini.

“Perlawanan persahabatan menentang pasukan dari J1 dan J2 banyak membantu pembangunan pemain muda kita kerana kualiti pasukan-pasukan ini adalah lebih tinggi berbanding apa yang kita ada di Malaysia.

“Jadi, kita perlu adakan lebih banyak perlawanan seperti ini pada masa hadapan demi pembangunan pasukan kita,” katanya.

Skuad berkenaan yang berada di Chiba, Jepun untuk sesi latihan dan aksi persahabatan sejak 10 Jun lepas, dijangka kembali ke tanah air pada 28 Jun ini.

-Sinar Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");