Perak Hari Ini

Baiduri Bantu Persiapan Aidilfitri 298 Pelatih OKU, PDK

IPOH: Badan Amal dan Usaha Isteri Negeri Perak (Baiduri) dengan kerjasama Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) seperti kebiasaan, tampil membantu 298 orang kelainan upaya (OKU) yang juga pelatih Pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) dari seluruh negeri itu, membeli persiapan Aidilfitri.

PERAK TODAY 4

Yang Dipertua Baiduri Datin Saripah Zulkifli berkata program Ceria Lebaran yang memasuki penganjuran kali ke-lapan itu bertujuan memberi keceriaan dan kegembiraan kepada pelatih PDK menyambut Ramadan hujung minggu ini serta kedatangan Syawal.

PERAK TODAY 5

 

“Ini adalah tahun ke-8 kita membawa anak-anak OKU secara bergilir-gilir mengikut 39 PDK, untuk membeli persiapan pakaian hari raya dengan membawa mereka sendiri ke gedung membeli-belah,” katanya ketika ditemui pemberita pada program Ceria Lebaran bersama 298 pelatih OKU PDK di Pasaraya Mydin Meru Raya, di sini hari ini.

PERAK TODAY 9

Tambahnya lagi, program ini cukup berjaya apabila pelatih PDK bukan sahaja dapat memilih pakaian baharu sempena syawal yang bakal tiba tetapi juga memilih sendiri mengikut citarasa dan kegemaran masing-masing.

“Program ini bukan sahaja meringankan beban yang ditanggung oleh keluarga terutamanya daripada keluarga yang tinggal di luar bandar dan miskin,” katanya.

Sementara itu, Pelatih PDK Slim River Siti Nurakilah Ramli 24, ketika ditemui berkata pengalaman pertama kali menyertai program ini cukup menggembirakan.

PERAK TODAY 10Manakala bagi ibu kepada dua pelatih PDK Batu Gajah, Roslina Abdul Malik 50, bantuan yang diterima harinya cukup membantu meringan bebanan keluarga dalam menyediakan persiapan aidilfitri buat dua anaknya iaitu Mohd Muazan Mohd Said dan Mohd Hafizil Mohd Radzi.

“Ini merupakan kali kedua kami menyertai dan menerima sumbangan daripada Baiduri sememangnya sangat membantu keluarga dalam membuat persiapan hari raya yang bakal tiba,” katanya.

PERAK TODAY 6

 

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");