Jenayah

Kerani JPJ dituduh tipu urusan cukai jalan

AYER KEROH – Seorang kerani Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini, semalam atas dua pertuduhan memperdaya seorang wanita atas urusan memperbaharui cukai jalan.

Tertuduh, Zamri Abdul Ghani, 41, bagaimanapun meminta dibicarakan selepas dua pertuduhan ke atasnya dibacakan jurubahasa di hadapan Majistret Norina Maludin.

Bagi pertuduhan pertama, Zamri didakwa memperdaya Siti Syamimah Bidin untuk menyerahkan RM200 bagi memperbaharui cukai jalan tidak wujud di sebuah bank di Bukit Baru pada 29 Januari lalu.

Manakala, bagi pertuduhan kedua, dia didakwa melakukan perkara sama kepada individu yang sama untuk menyerahkan RM260 di Akademi JPJ, Tiang Dua, di sini pada 1 Februari lalu.

Berikutan dengan itu, tertuduh melakukan kesalahan di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara selama tempoh tidak kurang dari setahun dan tidak lebih dari 10 tahun dan dengan sebat dan boleh juga dikenakan denda.

Terdahulu, Pegawai Pendakwa, Inspektor Rosli Rasi ketika pendakwaan meminta mahkamah mengenakan jaminan RM5,000 bagi setiap pertuduhan.

Bagaimanapun, peguam C W Chia merayu supaya anak guamnya diberikan jumlah jaminan rendah dengan alasan tertuduh mempunyai empat anak dan isteri bekerja sebagai pengasuh.

Selepas mendengar hujah berkenaan, Norina kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin dengan jumlah RM2,500 bagi setiap pertuduhan dan menetapkan kes disebut semula pada 14 Jun depan.

-Sinar Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");