Jenayah

Beruk gigit budak mati ditembak

Alor Setar: Seekor beruk berusia tiga tahun yang mencederakan seorang kanak-kanak perempuan berusia enam tahun Ahad lalu berjaya ditembak mati di Kampung Paya Mengkuang, Pendang, dekat sini, pagi tadi.

Pengarah Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) Kedah, Mohamad Hafid Rohani berkata, usaha mengesan beruk itu dijalankan selepas pihaknya menerima maklumat berhubung kejadian itu.

Menurutnya, beruk itu berjaya ditembak mati jam 11 pagi tadi kerana bimbang kejadian sama berulang kepada orang lain.

“Tindakan menembak mati ini selaras dengan Seksyen 55 (1) Seksyen 55 (3) dan Seksyen 55 (4), Akta 716, hidupan liar yang menjadi bahaya serta merta kepada manusia boleh ditembak mati.

“Siasatan juga mendapati beruk ini dipercayai dipelihara oleh salah seorang penduduk kampung,” katanya.

Harian Metro semalam melaporkan kanak-kanak perempuan Nur Syahadatul Fatehah Mohd Shahabuddin, 6, yang cedera selepas digigit beruk peliharaan yang dipercayai terlepas berhampiran surau di Kampung Paya Mengkuang, Pendang.

-Harian Metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");