Sukan Hari Ini

Slovakia masih berpeluang mara

WALAUPUN gagal menempatkan diri sebagai dua pasukan terbaik Kumpulan B, pengendali Slovakia, Jan Kozak mengakui gembira dengan empat mata yang diperoleh anak buahnya sepanjang tiga perlawanan.

Selepas mengikat England seri tanpa jaringan awal pagi semalam, Slovakia dilihat masih berpeluang melangkah ke pusingan kalah mati tetapi perlu menunggu keputusan daripada kumpulan lain.

“Saya amat berpuas hati dengan persembahan pemain saya. Saya juga amat gembira dengan empat mata yang kami kumpul setakat ini.

“Tapi kami masih perlu menunggu keputusan kumpulan-lain untuk mengetahui sama ada kami layak ke fasa 16 pasukan terbaik,” kata Kozak.

Beliau turut menganggap pasukan England merupakan lawan yang sukar buat mereka.

“Dari segi kualiti permainan, England memang lebih hebat daripada Wales. Susunan pemain mereka sangat berpotensi menyerang,” ujarnya lagi.-sinar harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");