Sukan Hari Ini

Clyne yakin kekal kecergasan di Euro

London: Nathaniel Clyne tegas mengatakan dia kekal cergas walaupun mengharungi musim padat bersama Liverpool dan tumpuannya kini terarah kepada usaha membantu kempen England dalam kempen Euro 2016.

Pemain pertahanan itu menamatkan musim 2015-16 sebagai antara pemain yang kerap disenaraikan Liverpool dan membuat 52 penampilan kali dalam semua pertandingan.

Tetapi dia yakin tenaganya masih lagi banyak ketika skuad kendalian Roy Hodgson itu bersiap untuk ke Perancis bagi mengharungi Kejohanan Eropah.

Pemain pertahanan kanan itu juga tidak sabar bermain di kejohanan utama pertama sepanjang kariernya itu.

“Kudrat saya masih banyak untuk aksi kejohanan itu,” kata Clyne.

“Saya masih muda serta cergas dan harap dapat mengumpul banyak pengalaman dengan bermain di samping pemain hebat di kejohanan besar pertama saya.

“Anda akan melihat seorang pemain muda bermain di kejohanan ini dan saya harap ia akan berakhir dengan kegembiraan buat England dan saya sendiri.

“Pada edisi sebelum ini, saya sedang bercuti dan menyaksikan perlawanan menerusi televisyen di bilik hotel di Miami. Justeru, saya amat gembira dengan penampilan kali ini kerana bukan saya saja yang mahu mewakili negara.”

Penampilan pertama Clyne di Merseyside gagal membantu Liverpool mencapai kemenangan pada saingan Piala Liga dan Liga Europa.

Tetapi dia mahu menjadikan dua kekecewaan itu sebagai pemangkin untuk melonjakkan semangat juangnya musim panas ini dengan berkata: “Saya yakin kekalahan itu akan membuatkan saya bermain lebih baik.

“Saya pernah tewas dua perlawanan akhir yang sungguh mengecewakan tapi ia akan membuatkan saya menjadi lebih baik dan saya berazam untuk mempamerkan aksi membanggakan.” – Agensi/harian metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");